Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penubuhan kelab itu melibatkan institusi pendidikan seperti universiti awam, politeknik, kolej vokasional dan sekolah menengah di negara ini.

Katanya, objektif penubuhan kelab tersebut bagi membina pembangunan yang lebih mapan sekali gus dapat membentuk budaya dan gaya hidup bermasyarakat.

“Bermula pada tahun depan dan seterusnya, setiap institusi pendidikan akan mempu­nyai kelab UNESCO yang mana kelab ini membantu ahlinya dalam menjaga alam sekitar dan mening­katkan pertumbuhan negara yang mapan.

“Saya berharap usaha pihak kementerian menerusi penubuhan kelab ini dapat memastikan masyarakat lebih peka terhadap penjagaan alam sekitar kerana pendidikan merupakan wahana paling berkesan dalam mendidik rakyat,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari UNESCO Malaysia 2018 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Da­tuk Dr. Gazali Abas; Penga­rah UNESCO Jakarta, Dr. Shahbaz Khan dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Tek­nologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari.