Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, walaupun trend itu yang kini menular di negara ini dilakukan di kawasan terpencil atau bukan laluan utama dipercayai boleh menyebabkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Bagaimanapun menurut beliau, buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau kemalangan berpunca daripada Keke Challenge itu.

“Bagaimanapun, jika kita ada menerima laporan berkaitan tarian itu, siasatan akan tetap dijalankan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Contohnya, Seksyen 41(1) yang menyebabkan kematian ke­rana memandu dengan melulu dan membahayakan, Seksyen 42(1) atas kesalahan memandu dengan melulu serta membahayakan dan Seksyen 43(1) kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keke Challenge tercetus apabila pelawak, Shiggy melakukan tarian tersebut dan rakaman video yang dimuat naik meraih kira-kira lima juta tontonan.

Tarian tersebut memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.

Beberapa selebriti ternama turut meniru aksi tersebut sehingga ia menular ke negara ini.