Sebanyak 334 regu dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini sekali gus mencatat penyertaan terbanyak pernah direkodkan dalam pertandingan sepak takraw.

Lebih 1,500 pemain tempatan bakal berentap bagi mengejar ganjaran keseluruhan bernilai hampir RM65,000 dalam kejohanan ini.

Saingan awal berlangsung di Kompleks Sukan Negeri mulai hari ini hingga Sabtu manakala perlawanan akhir akan diadakan di pusat beli-belah Quill City, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE