Pengarah Eksekutif MASSB, Mohd. Niza Md. Azar berkata, kejayaan itu juga mendorong syarikat untuk menembusi pasaran Asia mengikut strategi yang dirancang di bawah Pelan Strategik 10 Tahun MASSB, sekali gus mengangkat MASSB sebagai organisasi yang kompetitif, berinovatif serta bertaraf dunia.

Katanya, pencalonan kali pertama dalam majlis sebesar ini juga merupakan batu loncatan untuk mengembangkan lagi perniagaan syarikat.

“Tentulah kami amat bersyu­kur dan teruja dengan kejayaan ini. Kami amat gembira kerana potensi kami diiktiraf dan dihargai.

MASSB merangkul kejayaan itu bagi kategori jumlah jualan tidak mele­bihi RM20 juta.

MASSB ditubuhkan pada 7 Ogos 1995 sejajar dengan inisiatif kerajaan menggalakkan penggu­naan barangan keluaran tem­­patan semasa pen­swastaan perkhidmatan sokongan hospital.

Penubuhan syarikat itu adalah untuk memenuhi permintaan pa­saran terhadap bekas sisa-sisa klinikal tajam (Sharps Bin) dan tidak tajam keluaran tempatan.

MASSB kini berkembang daripada sebuah syarikat pembekal bekas sisa-sisa klinikal hospital kepada syarikat pereka bentuk dan inovasi di dalam industri kawalan infeksi di Malaysia.

Tambah Mohd. Niza, matlamat MASSB ialah untuk meningkatkan dan memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat dengan menghasilkan produk-produk yang mampu mencegah dan mengawal infeksi bermula dengan kawalan di dalam industri perubatan.

“MASSB merupakan syarikat tempatan pertama mencipta bekas untuk alat Trocar di dunia dan pengeluar perangkap nyamuk autocidal (MyMAT) pertama di Malaysia dengan usahasama Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Syarikat ini juga memegang 80 peratus saham sebagai pembekal bekas sisa-sisa klinikal tajam terbesar di Malaysia. Pelanggan utama MASSB terdiri daripada syarikat konsortium iaitu Edgenta Medi-Serve Sdn. Bhd (anak syarikat UEM Edgenta Berhad), Clinwaste (M) Sdn. Bhd, Sinar Jernih Sdn. Bhd, Sedafiat Sdn. Bhd, One Medicare Sdn. Bhd (melalui Pristine House Sdn. Bhd.) dan syarikat-syarikat yang mengendalikan perkhidmatan sokongan untuk klinik kerajaan di Malaysia.

“MASSB juga memenuhi permintaan hospital swasta dan institusi swasta lain di Malaysia,” jelasnya.

“MASSB menyasarkan untuk menembusi pasaran Asia seperti Sri Lanka, India, Arab Saudi dan negara lain pada tahun ini,” ujarnya.