Kartunis, Nor­ka­maro Mohd. Noor yang memenangi ka­­­tegori Kartun Editorial Terbaik ser­ta membawa pula­ng­ ha­diah RM10,000 ber­serta sijil dan trofi berkata, kejayaan ter­sebut bukan miliknya seorang, sebaliknya perlu diraikan bersama rakan-rakan serta syarikat.

"Kejayaan ini adalah kejayaan Utusan­ Malaysia. Untuk men­jadi kartunis yang baik seseorang perlu banyak membaca dan berfikir," katanya kepada Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Selain Norkamaro, turut membawa pulang hadiah ialah jurugambar, Irwan Majid dan Hafiz Johari, masing-masing dalam kategori Ke­wartawanan Foto Cemerlang dan Foto Esei Cemerlang, manakala Ketua Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus memenangi kategori Penulisan Rencana Cemerlang.

Sementara itu Hafiz berkata, pengorbanan meninggalkan keluarga hampir sebulan demi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan penduduk Islam Rohingya di Myanmar dibayar dengan kejayaan yang dianggap sebagai luar biasa.

"Keunikan pada gambar saya mungkin kerana isu Rohingya bersifat global dan menyentuh hati sesiapa melihatnya. Saya ber­syukur penantian selama 13 tahun ber­akhir dengan kena­ngan manis," kata­nya.

Dalam pada itu, Irwan tidak menya­ngka keputusan me­ninggalkan sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas ternam­pak kepulan asap dari sebuah kawasan perumahan berdekatan membolehkan dia me­rakam gambar seorang nelayan terjun ke muara sungai selepas rumahnya terbakar.

"Kebetulan pada masa itu kamera saya berada dalam keadaan baik dan gambar berkenaan hanya dirakam oleh saya seorang sahaja dan tidak rakan-rakan lain. Sebelum ini saya pernah memenangi anugerah di Kelantan dan Sabah, namun anugerah MPI adalah yang terbesar," katanya.

Bagi Laupa pula, kejayaan tersebut merupakan motivasi kerjaya sebagai wartawan dan diharapkan menjadi inspirasi kepada wartawan muda.

"Kejayaan ini bukan sahaja besar maknanya kepada saya, malah kepada Utusan. Ia adalah hasil kerja keras, komitmen dan kualiti yang diusahakan selama ini. Semoga ia menjadi inspirasi kepada staf Utusan terutama generasi wartawan baharu," katanya.