Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kejayaan Ahmad Faiz jadi motivasi

Ahmad Faiz Ibrahim mencuba komputer riba sumbangan Ahmad Razif
Ahmad Faiz Ibrahim mencuba komputer riba sumbangan Ahmad Razif Abdul Rahman semalam.

KUALA TERENGGANU 9 Sept. – Ki­sah pelajar orang kurang upaya (OKU) yang mencatatkan pencapaian luar biasa dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, hingga berpeluang melanjutkan pengajian ke menara gading boleh dijadikan motivasi kepada anak-anak Terengganu untuk terus mencipta kejayaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pendekatan positif itu mampu memberi galakan kepada pelajar anak negeri supaya konsisten dan fokus terhadap pelajaran kerana keupayaan fizikal yang terbatas serta kesukaran yang dilalui bukan halangan untuk seseorang mencapai kecemerlangan.

“Ini satu motivasi kepada anak Terengganu kerana Ahmad Faiz sudah membuktikan kepada kita bahawa ke­kurangan bukan halangan.

“Kerajaan negeri turut sa­ma mahu meraikan kehebatan Ahmad Faiz maka kita bersetuju menyumbangkan komputer riba bagi memudahkannya meneruskan pem­belajaran kalau boleh hingga ke peringkat tertinggi sekurang-kurangnya ijazah doktor falsafah (PhD),” kata­nya dalam sidang akhbar selepas program Minggu Sukan Seberang Takir ‘Cikgu Razif Bersama Komuniti’ di Dataran Permata, Seberang Takir, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Datuk Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Terdahulu, dalam majlis itu, Ahmad Razif menyam­paikan komputer riba kepada Ahmad Faiz bagi memudahkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin, Unisza itu mengikuti pengajian secara dalam talian di rumah tanpa perlu sentiasa ke kelas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain