Pengurus Pusat Khidmat Pelanggan Mekah 1438 Hijrah, Zor Mohd. Poat berkata, itu adalah kes tertinggi yang dilaporkan di pusat ini dan pihaknya telah membuat tindakan segera menggantikan lencana yang hilang kerana itu penting dalam urusan jemaah haji.

"Kita melakukan proses penggantian segera di pusat khidmat ini. Lencana ini penting untuk pelbagai tujuan antaranya pengeluaran wang dan sebagai dokumen diri di Tanah Suci," katanya kepada wartawan Malaysia di Pusat Perkhidmatan Khidmat Pelanggan, di Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini, hari ini.

Katanya selain laporan kehilangan lencana itu, pihaknya turut merekodkan sebanyak 90 kes kehilangan bagasi dan 60 kes lagi melibatkan jemaah tersasar dari kumpulan mereka. - UTUSAN ONLINE