Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri menerusi akaun Twitter berkata, untuk umat Islam, kuota jemaah haji negara meningkat setiap tahun.

Beliau memberitahu, kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM565 juta untuk penyelenggaraan sekolah mubaligh.

Dalam pada itu, menerusi laman blog najibrazak.com pula, Perdana Menteri berkongsi polisi-polisi serta manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berhubung Islam dan keharmonian agama yang telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN).

Perkongsian menerusi infografik itu memaparkan antara lain langkah kerajaan memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia sebagai modul tadbir urus berasaskan Maqasid Syariah selain peningkatan kuota haji daripada 22,320 orang pada tahun 2013 kepada 30,200 jemaah pada 2017. - UTUSAN ONLINE