Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal berkata, senarai kedudukan terbaharu yang diumumkan agensi penarafan itu pada 1 Mac lalu itu telah meningkat sebanyak 50 anak tangga berbanding tahun lalu di tangga ke-500.

Kata beliau, kedudukan itu sebagai satu pengukuhan yang membanggakan.

“Terima kasih kepada seluruh warga kerja Unimap atas pengiktirafan ini. Saya tahu warga Unimap telah bertanggungjawab secara langsung dalam meningkatkan kedudukan kita di mata dunia,” katanya ketika berucap sempena Majlis Anugerah Seri Gemilang 2017 di sebuah hotel di sini hari ini.

Majlis itu diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Unimap dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah yang juga Pro-Canselor Unimap.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan bagi mewakili Menteri Besar.

Seramai 164 orang penerima telah terpilih menerima anugerah dalam majlis tersebut yang diadakan setiap tahun sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang. - UTUSAN ONLINE