Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika memberi jaminan itu berkata, perkara itu dijangka akan terungkai sejurus selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kementerian Kewangan di Putrajaya, Rabu ini.

“Semua ada kemungkinan. Saya akan jumpa Perdana Menteri (Najib) di Kementerian Kewangan di Putrajaya Rabu ini,” katanya kepada pemberita selepas program Iftar Rahmat Ramadan Peringkat Parlimen Kemaman di pekarangan Masjid Felda Kerteh 6 dekat sini hati ini.

Shahrir diminta men­-
gulas kemelut dan perkembangan terbaharu siasatan terhadap FGV termasuk saranan Perdana Menteri agar krisis itu dapat diselesaikan sebelum perayaan Aidilfitri ini.

Shahrir seterusnya memberi jaminan dan percaya isu berkenaan akan dapat ditangani dengan sebaik mungkin dalam tempoh terdekat ini menjelang sambutan Hati Raya Aidilfitri sebagaimana diharapkan Perdana Menteri.