Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan Anwar buat ketika ini adalah pada peringkat parti memandangkan Ketua Umum PH itu bukan seorang ahli Parlimen.

“Apa peranan Anwar? Itu esok saya akan adakan mesyuarat Majlis Presiden PH. Ia adalah majlis yang melantik kita (ketua parti) semua. Jika ada perubahan melibatkan Anwar, majlis itu akan tentukan,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Ditanya tentang perasaan Dr. Mahathir berhubung pembebasan Anwar, beliau berkata:

“Ya... Dahulu dikatakan saya yang masukkan dia dalam tahanan, sekarang saya bebaskan dialah,” katanya. - UTUSAN ONLINE