Jika di kampung terdapat kedai dobi layan diri mungkin itu cara terbaik membasuh pakaian kerana tidak mahu mengganggu keluarga yang ramai menggunakan mesin basuh di kampung.

Namun, ada juga segelintir kampung yang jauh dari pekan tidak mempunyai perkhidmatan tersebut menyebabkan mereka terpaksa menyimpan dan membawanya pulang ke ibu kota untuk dicuci.

ROSNANI HASNAN bersama pekerjanya menggantung baju yang telah siap diproses sebelum diserahkan kepad
ROSNANI HASNAN bersama pekerjanya menggantung baju yang telah siap diproses sebelum diserahkan kepada pelanggan di Seri Kembangan, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Seorang pengusaha kedai Dobi Cempaka, Rosnani Hasnan, 43, berkata, peningkatan jumlah cucian musim perayaan tiga kali ganda berbanding pada hari kebiasaannya.

“Lazimnya kedai dobi hanya membasuh 80 hingga 100 kilogram sehari.

SEORANG pekerja Rosnani Hassan, Ermawati membuat pengasingan baju pelanggan sebelum dibasuh di Seri
SEORANG pekerja Rosnani Hassan, Ermawati membuat pengasingan baju pelanggan sebelum dibasuh di Seri Kembangan, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

“Berbanding musim perayaan jumlah itu meningkat sebanyak tiga kali ganda terutama pakaian untuk cucian kering,” kataya ketika ditemui Utusan Online di premisnya di Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Rosnani yang mengusahakan kedai dobi selama 10 tahun itu turut dibantu dua pekerja.

ROSNANI HASNAN memeriksa karpet pelanggan yang telah siap di basuh di Seri Kembangan, Selangor hari
ROSNANI HASNAN memeriksa karpet pelanggan yang telah siap di basuh di Seri Kembangan, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Jelasnya, perkhidmatan dobi yang ditawarkan dengan harga berpatutan bermula RM 3 untuk satu kilogram manakala untuk cucian tangan bermula RM3 hingga RM 5 bagi sehelai pakaian.

KAKITANGAN Dobi Cempaka, Sulastri menyusun cadar, selimut dan toto di rak berikutan peningkatan juml
KAKITANGAN Dobi Cempaka, Sulastri menyusun cadar, selimut dan toto di rak berikutan peningkatan jumlah cucian musim perayaan di Seri Kembangan, di sini hari ini.
UTUSAN ONLINE /  FAISOL MUSTAFA

Selain pakaian dia juga juga banyak menerima penghantaran kain cadar, selimut, karpet dan langsir untuk dicuci.

Rosnani juga menambah, perkhidmatan percuma juga dikekalkan dengan mencuci kolar belakang baju sambil mengekalkan aroma harum serta lipatan kemas bagi menjaga pelanggannya. - UTUSAN ONLINE