Kedai buku terletak di Tamarind Square, di sini itu berkeluasan 37,000 kaki persegi dan menempatkan setengah juta buku sekali gus menjadi kedai buku terbesar seumpamanya di Malaysia.

Majlis pelancaran cawangan ketujuh BookXcess yang mula dibuka Mei lalu itu turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Pengasas BookXcess Sdn. Bhd., Jacqueline Ng berkata, misi pihaknya adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira waktu.

Selain itu, katanya, pihak BookXcess mempunyai misi serampang dua mata iaitu mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta memperkasakan orang ramai dengan ilmu 

“Buku mampu mencipta pelbagai kemungkinan dan memberi galakan kepada pembaca supaya berani bermimpi dan mengejar cita-cita,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, BookXcess kini menggerakkan inisiatif kebajikan, ‘The Priceless Gift’ pada tahun ini dalam menggalakkan pelanggan menyumbang buku kepada mereka yang tidak bernasib baik. - UTUSAN ONLINE