Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membentangkan bajet itu  yang pertama bagi kerajaan PH Kedah di Dewan Undangan Negeri (DUN) memberitahu, pembayaran akan dibuat pada Disember depan.

"Bayaran khas ini sebagai menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam negeri selain membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak," katanya.

Sebanyak 4,738 penjawat awam terdiri 4,416 lantikan tetap dan 322 lantikan kontrak akan menerima manfaat daripada bayaran khas tersebut dengan peruntukan RM2.4 juta.