Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sumbangan melibatkan dana keseluruhan berjumlah lebih RM2.28 juta itu dibuat bagi membantu menampung perbelanjaan jemaah di sana.


“Seramai 2,621 jemaah bakal menerima sumbangan itu secara tunai sebelum mereka berangkat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) bermula 12 hingga 17 Ogos depan.


“Manakala bagi mereka yang sudah berangkat ke Arab Saudi lebih awal menerusi lapangan terbang lain sebelum ini, kerajaan negeri akan memasukkan wang tersebut ke akaun Tabung Haji masing-masing supaya mereka dapat mengeluarkannya di tanah suci,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.


Tambahnya selain jemaah yang berdaftar dengan TH di Kedah, seramai 275 jemaah haji dari Perlis yang menaiki penerbangan dari LTSAH akan turut menerima sumbangan tersebut. - UTUSAN ONLINE