Presidennya, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi imej buruk kepada restoran India Muslim (mamak) yang menjalankan perniagaan dengan betul.


“Pengusaha restoran bukan Muslim dengan sengaja menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan dengan menamakan kedai mereka dengan nama-nama Islam.


“Tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa kepada mereka. Perkara ini melibatkan soal makanan halal amat penting buat umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan serbuan di sebuah premis makanan di Seksyen 25, Shah Alam yang mengelirukan masyarakat Islam dengan menggantung ayat al-Quran di dalam restoran dan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan. -UTUSAN ONLINE