Perdana Menteri berkata, seluruh rakyat kini sangat teruja dengan kejayaan kontinjen negara di temasya dwi tahunan itu.

"Saya berjumpa ramai juga orang sepanjang Sukan SEA ini, tak ada seorang pun yang tak menyatakan sesuatu yang positif dan memuji peranan serta kejayaan kontinjen Malaysia. Jadi, saudara saudari sekalian telah mengubah 'mood' negara kita.

"Boleh dikatakan tanpa mengira latar belakang, keturunan, agama, budaya warna kulit, semua rakyat Malaysia begitu teruja dengan kejayaan kontinjen Sukan SEA kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya kepada warga sukan berhubung kejayaan kontinjen negara mencapai sasaran 111 pingat emas di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi. - UTUSAN ONLINE