Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin berkata, pemantauan itu dilakukan menerusi pasukan perubatan yang ditempatkan di PPS sepanjang tempoh berkenaan.

"Kita ambil serius perkara ini kerana ia turut membabitkan soal kesihatan dan keselamatan mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS.

"Sebab itulah kita tempatkan pasukan perubatan bagi memantau perkara itu. Justeru, pihak jabatan berharap supaya semua mangsa banjir turut menitik beratkan soal kebersihatan sepanjang berada di PPS," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kaseh Orang Kota Bharu (OKB) Datuk Wan Imran Wan Omar di Hospital Pasir Mas (HPM), Lati, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik Orang Kota Bharu Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Shiekh Mohamad, Wan Imran dan Pengarah HPM Dr. Mohamed Sanusi Mat Riffin.

Dr. Zaini memberitahu, aspek kebersihan memabitkan mengendalikan makanan turut diberikan perhatian oleh Jabatan Kesihatan Kelantan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan terbaik.

Katanya, pengendali makanan yang telah dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdiri daripada mereka bertauliah.

"Kebanyakkan mereka ini sudah mendapat suntikan sebagai pengendali makanan.

"Ini adalah antara usaha yang kita ambil bagi memastikan kebersihan makanan di PPS berada pada tahap terbaik," ujarnya. -UTUSAN ONLINE