Beliau berkata media negara ini perlu diberi lebih kebebasan untuk membuat liputan termasuk mengkritik kerajaan.

"Media merupakan suara kepada rakyat dan kerajaan perlu bersedia menerima kritikan untuk kita boleh lakukan pembaharuan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama menteri di Bernama Radio, di sini hari ini.

Beliau melakukan lawatan pertamanya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini sejak dilantik sebagai menteri KKMM pada 21 Mei lepas. - BERNAMA