Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, agenda tersebut telah sebati dengan kementerian bagi membela veteran dan anggota, selain daripada naik taraf kem, rumah keluarga dan mampu milik ATM.


Katanya, agenda telah ditetapkan semasa pemukiman kementerian dibuat pada minggu lalu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.


“Meskipun dengan keadaan ekonomi yang ada kekangan, melalui pendekatan luar kotak dan sokongan dan kerjasama semua pihak tidak ada perkara yang mustahil dibuat,” katanya ketika sidang akhbar pada Program Jiwa Murni di Sekolah Kebangsaan (SK) Bumiputera di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE