Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, antaranya dengan memastikan mereka mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) selain dilindungi dengan insurans.

Jelas beliau, kemudahan tersebut melibatkan golongan pekerja berstatus kontrak atau pismil dan berharap masalah yang sudah berlaruan itu akan dapat diselesaikan segera.

“Daripada segi pemberita-pemberita saya mendapat aduan apabila mereka keluar untuk cover event (membuat liputan) ada risiko-risiko.

“Kita kena faham kerja ini (profesion wartawan) perlu kita untuk 24 jam keluar pada bila-bila masa ke tempat tertentu kadang-kadang pada awal pagi.

“Kementerian sedang dalam perbincangan dengan RTM serta Bernama untuk menyediakan kemudahan seperti pemotongan KWSP, Socso dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Penerangan dan RTM Johor di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE