Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah tersebut meliputi 10 jenis pampasan yang sebahagiannya telah diserahkan kepada keluarga waris pada 24 Oktober lalu.

“Kita akan menyerahkan siri kedua bantuan kepada keluarga waris tidak kurang RM100,000 yang diharap dapat meringankan bebanan waris dan keluarga.

“Selain itu, pihaknya juga melihat untuk membantu bagi waris yang tidak memiliki rumah untuk mendapatkan dibawah program rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Penolong Pengarah Negeri Bahagian Keselamatan Kebakaran Bil.3/2018, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Bomba Sarawak, Khirudin [email protected] dan Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Edwin Galan Teruki.

Tambahnya, aspek kebajikan bagi anak mereka juga akan dilihat sekali.

MOHAMAD Hamdan Wahid memotong pulut kuning
MOHAMAD Hamdan Wahid memotong pulut kuning simbolik perasmian Mesyuarat Penolong Pengarah Negeri Bahagian Keselamatan Kebakaran Bil.3/2018 di M Hotel, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

Sementara itu, Mohammad Hamdan memberitahu, sebanyak 8,610 bangunan di seluruh negara yang perlu mempunyai Sijil perakuan bomba (FC).

“50 peratus daripada telah mendapat sijil dan bakinya masih dalam proses kelulusan meliputi seperti bangunan dan pejabat kerajaan, kilang, kompleks beli-belah, kondominium, pembangunan bercampur serta gudang.

“Bagaimanapun, falsafah undang-undang keselamatan kebakaran atau kod bangunan kita adalah untuk memastikan ianya selamat untuk duduki bukannya hanya menghukum,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan memberi notis terlebih dahulu kepada bangunan berkenaan untuk mendapatkan FC seperti ditetapkan di bawah Perintah Perkhidmatan Bomba 1998. - UTUSAN ONLINE