Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata berikutan perkembangan itu suaminya dijangka pulih dalam masa terdekat.

"Saya sempat melawat beliau pagi tadi sebelum saya hadir rumah terbuka Selangor hari ini. Alhamdulillah, teruskan lah berdoa* kami amat berterima kasih kepada semua yang mendoakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Anwar telah dikejarkan ke PPUM kerana kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki semalam.- BERNAMA