Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri Ke­wa­ngan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan mengukur KDNK dalam dolar Amerika boleh menjejaskan polisi ekonomi dan kedaulatan negara.

Beliau menjelaskan, penyusunan KDNK kini adalah selaras dengan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh Bank Dunia dan Dana Kewa­ngan Antarabangsa (IMF).

“Malah ia mengikut ketetapan Jabatan Perangkaan dan digabungkan secara meluas merangkumi semua sektor ekonomi.

“Cadangan agar e­­ko­nomi negara diukur da­lam dolar A­merika boleh me­nimbulkan ke­keliruan bahkan men­­cer­min­kan pemahaman ya­ng­ lemah tentang bagaimana ekonomi berfungsi,” tegasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian se­bagai mengulas kenyataan Per­satuan Pekilang-pekilang Ma­laysia (FMM) dalam sebuah portal berbahasa Inggeris yang mencadangkan KDNK diukur dalam dolar Amerika.

Mengulas lanjut Johari menjelaskan, ekonomi Malaysia di­­ukur melalui aktiviti yang diuruskan oleh isi rumah, perniagaan dan kerajaan dalam ringgit kerana ini lebih mencerminkan ekonomi negara.

Tambah beliau, KDNK negara dilaporkan berada pada harga yang sentiasa berubah yang mana ia mengambil kira kesan perubahan harga dan pergerakan kadar pertukaran.

“Dalam kata lain KDNK mencerminkan hanya pada pe­­rubahan dalam kuantiti barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara,” katanya.

Johari berkata, Malaysia sememangnya telah mencatat per­tumbuhan yang baik iaitu sebanyak 5.8 peratus pada suku tahun kedua tahun ini dan 5.6 peratus pada suku tahun pertama berbanding tempoh yang sama pada 2016.

“Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mengalu-alukan perkembangan (pertumbuhan KDNK ini) dengan terus bekerja keras untuk mencatat pertumbuhan sepanjang tahun ini,” katanya.