Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, perkara ini dilakukan atas inisiatif KBS yang terpanggil untuk membantu menyalurkan segala kepakaran dalam bidang pendawaian melalui pelajar dan guru IKBN.

“Buat masa ini pihaknya telah mengenalpasti 100 buah pusat tahfiz dan akan melakukan pemeriksaan secara percuma.

“Walaupun masalah litar pintas bukan penyebab kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, jalan Datuk Keramat namun tahap keselamatan mesti menjadi keutamaan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke pusat tersebut, hari ini.

Dalam lawatan tersebut, KBS turut memberikan sumbangan bernilai RM26,000 kepada pihak pengurusan tahfiz. - UTUSAN ONLINE