Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KBS buka peluang generasi muda sertai Kumpulan Masa Depan TN50

KJ
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memegangkan mikrofon untuk Zhariff Afandi (lima, kiri) yang tiada kedua belah tangan semasa sidang media memperkenalkan Duta-Duta Belia Tranformasi Nasional 50 (TN50) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Hari ini. Duta-duta itu terdiri daripada (dari kiri) Shahril Hamdan, Mua`mar Ghadafi Jamal, Sharon Wee Ee Lin, Ganesh Muren, Zhariff Afandi, Dr Louis Shohbini Ponnampalam, Ng Yeen Seen, Dr Lutfi Fadli Lokman, Dzameer Dzulkifli, Dr Aizan Sofia Amin dan Sarah Joan Mokhtar. - UTUSAN ONLINE/FotoBERNAMA

PUTRAJAYA 21 April - Kementerian Belia dan Sukan membuka peluang kepada generasi muda untuk menyertai Kumpulan Masa Depan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebelum keahlian kumpulan tersebut dimuktamatkan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, generasi muda yang berminat atau ingin mencalonkan nama individu lain yang diyakini berkaliber boleh berbuat demikian bermula hari ini hingga 12 Mei depan.

“Kementerian telah mengenal pasti sebahagian besar daripada kumpulan tersebut tetapi kita buka lagi kemasukan generasi muda lain. Kita mahu mereka yang ada kepakaran dalam bidang-bidang tertentu menyertai kumpulan ini.

“Ini adalah peluang bagi mereka untuk mengambil bahagian dan memainkan peranan dengan cara bermakna dalam usaha membina visi negara untuk 30 tahun akan datang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengumuman Dapatan Dialog TN50 di sini hari ini.

Permohonan menjadi ahli belia dan pakar subjek kumpulan itu dibuka bermula hari ini di www.mytn50.com/circles/registration - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain