Ahli Jawatankuasa KBBA9, Noor Aini Ali, 33, berkata kunjungan mereka bukan sahaja untuk menggamatkan suasana, malah mempromosikan lagi reruai Kumpulan Utusan serta pesta buku tersebut.

"Antara objektif KBBA9 adalah membantu mempromosikan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

"Diharapkan kunjungan kami ke reruai Kumpulan Utusan dapat memperkenalkan lagi buku dan majalah serta bahan penerbitan baharu syarikat ini kepada orang ramai," katanya.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur berlangsung sehingga 6 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara tarikan di pesta ini termasuk penjualan bahan bahan penerbitan, tempatan dan luar negara yang boleh dibeli pada harga yang berpatutan. - UTUSAN ONLINE