ZAMRI
ZAMRI

Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk program, Zamri Abd. Kahar berkata, kayuhan amal itu akan diadakan di Kampus UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor pada Ahad ini bermula pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

“Dua acara akan dijalankan serentak iaitu Fun Ride dan Gorgo Race. Raja Muda Perlis akan berbasikal di sekitar kawasan Puncak Alam dengan jarak kayuhan sejauh 18 kilometer (km) manakala bagi kategori terbuka akan berkayuh sejauh 47km.

“Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut mencemar duli dengan menyertai acara Gorgo Race yang berkonsepkan larian berhalangan dengan jarak hampir lima km menempuhi 15 halangan di dalam kawasan kampus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zamri berkata, selain itu turut diadakan beberapa acara sampingan seperti demonstrasi sukan woodball dan pemeriksaan kesihatan oleh Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan UiTM.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk menyertai program ini dan ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar serta pihak korporat. Sasaran kita adalah untuk menarik kira-kira 1,200 peserta,” katanya.

Tabung Mobiliti Pelajar UiTM ditubuhkan bagi membiayai program pertukaran pelajar ke luar negara meliputi beberapa aspek antaranya program Summer School dan penempatan pelajar bagi latihan industri. - UTUSAN ONLINE