Pengarah JKDM Melaka, Datuk Mohd. Noor Yusoff berkata, penganjuran kayuhan tersebut diadakan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) agensi terbabit dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik di samping menyambut Hari Kastam seluruh dunia ke-36.

Sehubungan itu beliau berharap, lebih ramai penyertaan pelbagai peringkat umur sebagai langkah menyokong dan membantu pesakit berkenaan.

“Acara ini terbuka kepada semua peringkat umur dan diadakan serentak seluruh negara sebagai tanda solidariti peminat sukan berbasikal.

“Selain daripada menggalakan budaya hidup sihat, kita mahu menanamkan sifat prihatin masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Yuran penyertaan kayuhan sejauh 25 kilometer (km) itu adalah sebanyak RM60.00 termasuk jersi, medal dan insuran.

Selain acara kayuhan, aktiviti lain seperti cabutan bertuah, senamrobik dan jualan pelbagai barangan turut diadakan.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di pautan http://form.jotform.me/hakim 2018/borang-pendaftaran atau menghubungi talian 012-407 8741. - UTUSAN ONLINE