Ibunya, Rohidayu Yusof memberitahu demikian kepada kumpulan wartawan yang membuat liputan tentang nasib malang anaknya itu yang terputus lengan kirinya setelah baju yang dipakainya tersangkut di rim motosikal dalam kejadian di Kampung Binjai Bongkok Marang, Khamis lalu.

Terpanggil bagi memenuhi impiannya, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) melalui Timbalan Presidennya, Ahmad Shafri Husnaini Mohamad menghadiahkan 'teddy bear' dan set mainan masak-masak kepada murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasik itu, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kawat, Rosalinda Md Said berkata, mereka merealisasikan impian kanak-kanak itu dengan sumbangan kecil yang diharap dapat menceriakannya sepanjang terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagi menerima rawatan susulan dan pemulihan. - UTUSAN ONLINE