Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Johor (Josfa), Datuk Mohamad Dolmat berkata, antara kawasan yang sesuai untuk penternakan kupang adalah Sungai Johor dan Sungai Muar di Muar.

"Sebenarnya kita sudah mulakan pun di Sungai Muar. Kajian masih lagi dilakukan Jabatan Perikanan berdasarkan kualiti air dan makan yang cukup untuk ternakan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Pengerusi LKIM Dengan Pemimpin Nelayan Peringkat Negeri Johor di Bandar Baru Kota Puteri, Masai, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil Noor dan Pengerusi LKIM negeri, Noslan Setat. - UTUSAN ONLINE