Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, SAOW merupakan bas yang diubahsuai untuk beroperasi di pekarangan tempat letak kereta Plaza Shah Alam, Seksyen 9 di sini pada 21 Julai ini.

"Waktu operasi pejabat bergerak ini bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang.

"Perkhidmatan SAOW ini merupakan inisiatif yang disediakan oleh MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter di Wisma MBSA di Seksyen 14," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Shahrin berkata, pejabat bergerak tersebut akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan serta jualan kupon parkir.

Tambahnya lagi, melalui perkhidnatan sama, pihaknya berharap dapat memantapkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.

"SAOW yang dimulakan beberapa tahun lalu mendapat sambutan orang ramai yang sibuk pada hari bekerja. Hujung minggu sahaja mereka ada masa terluang.

"Justeru kita akan meneruskan perkhidmatan ini demi untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan MBSA sekali gus dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian MBSA kepada komuniti khususnya untuk warga Shah Alam,” katanya. - UTUSAN ONLINE