Merupakan keperluan wajib buat setiap orang, kasut bukan sekadar untuk melindungi kaki tetapi penampilan pasti tampak lebih bergaya dan elegan dengan kasut bersesuaian.

Sememangnya terkenal sebagai jenama gaya hidup, Skechers antara jenama kasut popular yang memenuhi trend dan gaya semasa anak muda hari ini.

Menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna dalam memenuhi kehendak pelbagai peringkat umur dan latar belakang, terbaharu Skechers tampil dengan koleksi D’Lites 2.

Koleksi ini menggabungkan fesyen dan teknologi, yang boleh digayakan oleh lelaki dan wanita.

Cukup menjaga kualiti dalam penghasilan setiap produknya, koleksi terbaharu ini turut memberikan keselesaan dan aliran udara di dalamnya.

Dengan perincian tenunan, garisan berombak di sisi, kesan retro reflektif pada tumit dan reka bentuk velcro, kasut ini sememangnya dicipta untuk golongan muda dan berjiwa muda.

Ternyata ciri-ciri yang terdapat pada kasut Skechers seperti fleksibel, responsif, ringan dan memiliki permukaan sama rata, membolehkan pengguna untuk berjalan atau berlari dengan lebih laju.

Sementara itu, sempena kemunculan koleksi D’Lites, Skechers Malaysia menganjurkan pertandingan akhir K-Pop Dance yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000.

Pertandingan yang berlangsung di sebuah pusat beli belah Subang Jaya, Selangor baru-baru ini, bagi memberi inspirasi kepada kumpulan penari-penari K-Pop di negara ini.

Tujuh kumpulan termasuk penuntut universiti bertanding bagi merebut gelaran juara yang akhirnya dimenangi kumpulan Mad.G, manakala tempat kedua kumpulan Virus Ladies dan tempat ketiga FXN.