Pengarah JKDM negeri, Mohammad Hamiddan Maryani berkata, rampasan itu dibuat di Pelabuhan Pasir Gudang, pada pukul 7 malam kelmarin.

“Bertindak atas risikan, sepasukan Pegawai Kastam, Stesen Penguatkuasaan Pasir Gudang telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga buah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang.

“Hasil pemeriksaan mendapati isi kontena berbeza dengan barang yang diikrarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE