Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, transaksi pembayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa perlu berkunjung ke pejabat kastam.

“Pelbagai usaha dan inisiatif pembayaran cukai melalui e-pembayaran dibuat bersama RHB Islamic Bank dalam mengurangkan pembayaran dilakukan secara tunai atau cek.

“Kerjasama ini dilakukan bagi melonjakkan tahap penggunaan dan pencapaian e-pembayaran jabatan selain mengembangkan platform pembayaran elektronik sekali gus mempersiapkan negara menuju ke arah ekonomi digital,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam Se-Malaysia ke-84 di Holiday Villa di sini sebentar tadi.-UTUSAN ONLINE