Pengerusi Kumpulan Permo­dalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, HSKU merupakan gelanggang bagi penulis-penulis tempatan menghasilkan karya kreatif dan bermutu.

Menurut beliau, karya-karya tersebut yang menjangkau isu global dan merangkumi garis masa pelbagai tema mampu mem­buka minda serta mengga­lakkan analisis kritikal dalam ka­langan pembaca.

“Ini seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang in­telektual dan kompetitif di peringkat global dengan daya pemikiran yang tajam serta mampu mentafsir sesuatu perkara dari perspektif berbe­za,” katanya ketika berucap pa­da Majlis Penyampaian HSKU 2015, di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Wahid menambah, karya-karya sastera bermutu yang dihasilkan melalui penganjuran HSKU perlu diketengahkan bukan sahaja untuk tatapan masyarakat tempatan malah, diperluaskan ke pentas antarabangsa.

Sementara itu, beliau membe­ritahu, penglibatan sulung PNB sebagai penaja utama HSKU 2015 mencerminkan sumbangan berterusan organisasi tersebut terhadap usaha memperkasakan kesusasteraan negara.

“Syabas kita ucapkan kepada Kumpulan Utusan kerana usaha berterusan dalam memberi galakan dan pengiktirafan kepada para penulis karya sastera tempatan,” ujarnya.