Ujar Presiden Persatuan Animasi Malaysia, Amir Hamzah Hashim, Tembakau kini sedang dipakaikan alat bantuan pernafasan kerana kekurangan oksigen dalam paru-paru.

“Selain itu, jantungnya juga sedikit bengkak. Kami memohon doa para sahabat semoga Tembakau kembali sembuh dan pulih seperti biasa,” katanya kepada Utusan Online menerusi aplikasi Whatsapp, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE