Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata, karnival itu memberi banyak maklumat kepada orang ramai khususnya pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Sepanjang KPTN 2017 berlangsung di semua zon, penera­ngan mengenai kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah disampaikan kepada peserta.

“Selain itu, diadakan slot Career Talk yang disampaikan oleh tokoh-tokoh industri untuk memberi penerangan tentang peluang kerjaya dalam bidang-bidang tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutup KPTN 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.

Kain Ching berkata, karnival itu juga diadakan bagi mendidik dan memupuk kesedaran dalam kalangan pemohon mengenai pelaksanaan pemohonan kemasukan ke IPTA melalui UPUOnline.