Pengurus Acara Pasar Raya Borong Super 7, Datuk Azami Mohamad berkata, peserta akhir berkenaan dipilih daripada 60 peserta yang disaring pada peringkat separuh akhir lalu yang bakal merebut hadiah wang tunai RM10,000.

“Pertandingan akhir nanti akan diadili oleh juri profesional seperti Siso Kopratasa dan Projektor Band serta kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke De Centrum Mall, Kajang nanti,” katanya ketika ditemui di Kajang baru-baru ini.