Kapal perang itu dilapor terkandas dan dalam keadaan senget sebelah ketika tentera Norway cuba menyelamatkan kapal berkenaan.

“Kami sedang cuba menstabilkan kapal itu,” kata Laksamana Tentera Laut Norway, Nils Andreas Stensoenes.

Tambahnya, sebanyak lapan orang daripada 137 orang krew kapal itu cedera ringan. - REUTERS