Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata, kapal yang dikenali sebagai ''Ex KD Rahmat'' itu telah diswastakan dan berada di bawah pemantauan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

Kapal senget

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi tadi, kapal tersebut dipercayai mengalami kebocoran di bahagian yang masih lagi belum dikenal pasti.

"Kejadian ini sudah dimaklumkan kepada kerajaan negeri bagi tindakan lanjut dan TLDM juga akan membantu dalam situasi ini.

"Kita juga akan menghantar penyelam bagi menilai kerosakan sebelum tindakan lanjut diambil," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mohamad Roslan berkata, kapal yang telah dilucut tauliah itu berlabuh di persisiran laut Lumut dan dijadikan muzium atau kapal pameran untuk kunjungan orang awam sejak 2011. "Bagaimanapun, atas faktor keselamatan kunjungan kepada orang awam dihentikan tahun lalu," katanya.

Gambar struktur kapal tersebut senget di persisiran laut berhampiran Marina Waterfront turut tular di laman sosial Facebook tengah hari tadi.-BERNAMA