Terbaharu pada acara Perbarisan Tahunan Jaba­tan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di sini hari ini, Noor Arisya Balqis menerima sijil penghargaan 'Wira Cilik' yang disampaikan Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis.

Noor Arisya Balqis ketika ditemui pemberita berkata, dia gembira dan berterima kasih kepada JBPM atas pengiktirafan yang diberikan.

Katanya, tindakan ne­kad­nya mengejutkan tiga adik lain yang sedang tidur dan membawa mereka ke­luar dari rumah yang sedang terbakar adalah kerana mengingatkan pesanan ibu dan bapanya.

“Saya tidak fikir apa-apa, cuma mahu selamatkan adik-adik. Emak dan ayah pesan supaya jaga mereka baik-baik,” katanya.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 2 pagi pada 14 September lalu tersebut, Noor Arisya Balqis dan tiga adik perempuannya yang ma­sing-masing berusia enam dan empat tahun serta lapan bulan sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.

Noor Arisya Balqis yang terhidu bau asap dan berasa bahang panas segera meninjau keadaan rumah sebelum melihat api dari arah dapur. Dia kemudiannya cuba me­ma­damkan api tersebut namun usahanya itu tidak berjaya.

Kanak-kanak itu kemudiannya mengejutkan adik-adiknya dan dalam keadaan berpimpin tangan sambil se­belah tangan mengendong adik bongsu, mereka berlari keluar daripada rumah itu.