Dengan memegang sebilah pisau, kanak-kanak berusia 10 tahun ini dilihat tidak menunjukkan sebarang rasa gentar atau takut ketika melapah lembu semasa menyertai Program Perdana di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di sini hari ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia bangun seawal pukul 5 pagi kerana terlalu teruja ingin mengikut ayahnya untuk melapah daging lembu.

Tambah kanak-kanak tersebut, dia sering mengikut bapanya ke program korban sejak berusia enam tahun lagi dan berasa amat teruja kerana diberi peluang pertama kali untuk melapah sepenuhnya bahagian lembu yang dikorbankan hari ini.