Datuk P. Kamalanathan
Datuk P. Kamalanathan

Beliau menegaskan, kaum India di Malaysia tidak pernah dipinggirkan, malah banyak inisiatif serta peluang membangunkan kaum tersebut dilakukan oleh kerajaan.

‘‘Itu tidak benar, kerajaan sentiasa buat yang terbaik dan menyediakan banyak pembangunan untuk kaum India.

‘‘Kerajaan beri pelbagai inisiatif pembangunan dan bantuan serta akan terus memertabatkan serta memperkasakan lagi kaum India di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Tendangan Penalti anjuran Persatuan Sinergi Malaysia (Sinergi) dan menyaksikan penganugerahan piala tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Record ke atas Piala Sinergi se­tinggi 4.8 meter di Bestari Jaya, di sini hari ini.

Kamalanathan bagaimanapun menjelaskan, Kabali hanyalah satu filem fiksyen yang tidak membawa apa-apa erti.

‘‘Ini hanya satu filem untuk hiburan semata-mata yang tidak membawa apa-apa erti dan kebenarannya tidak begitu,’’ ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Sinergi, A. Sugumaran berkata, masyarakat India di Malaysia mendapat pembelaan secukupnya daripada kerajaan serta bebas untuk bersuara.

‘‘Kaum India tidak ditindas, kami bebas bersuara serta bebas melakukan apa sahaja untuk kebaikan semua.

‘‘Fakta itu (ditindas) saya tidak setuju kerana banyak peluang dan inisiatif disediakan oleh kerajaan kepada kaum India,’’ jelasnya.