Selain beramah mesra dengan pengunjung, Kaka turut mengadakan kuiz bersama penonton dan persembahan nyanyian.

Pengunjung yang bertuah mendapat hadiah eksklusif daripada Kumpulan Utusan dan Kaka.

Mengulas mengenai perhimpunan UMNO, Kaka berkata, perhimpunan tahunan itu merupakan medan penyatuan bagi ahli UMNO dan orang Melayu.

“Perhimpunan kali ini memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 dan saya berharap segala intipati yang dibincang dan dibahaskan akan menjadi satu titik permulaan untuk pilihan raya itu nanti,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE