Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Kak Ton’ itu selesai mengundi kira-kira pukul 9.30 pagi sambil ditemani anak keduanya, Muhammad Hishamudin Datuk Muda.

Semasa ditemui pemberita selepas itu, Zaitun berharap proses pengundian terutama di empat kerusi DUN dalam parlimen Marang berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini sehingga tempoh pengundian berakhir pukul 5 petang ini.

Beliau yakin dengan kesungguhan dan kerja keras jentera pilihan raya BN selain sokongan kira-kira 53 peratus pengundi daripada keseluruhan 22,661 pengundi di DUN Bukit Payung.

Zaitun, 61, menghadapi pertembungan tiga penjuru menentang penyandang dari Pas, Mohd. Nor Hamzah dan calon PKR, Mohd. Dalizan Abd. Aziz. - UTUSAN ONLINE