Timbalan Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pasukan yang ditubuhkan pada Oktober lalu dijangka melengkapkan kajian mereka pada Mac tahun depan.

“Kalau diikutkan pemben­tangan Belanjawan 2019 pada Jumaat lalu, memang tidak disebut me­ngenai jumlah guru KAFA yang bakal diserapkan ke jawatan tetap.

“Kita sedang kumpul sijil guru KAFA dan mereka juga telah diarahkan supaya mengemas kini sijil masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kayuhan Prihatian Wakaf dan Sumbangan Mesra Wakaf Prihatin di Dewan Orang Ramai Cherok Paloh di sini, hari ini.

Semalam, Menteri di Ja­batan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merancang menyerap 1,000 hingga 3,000 guru KAFA ke jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Sementara itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kua­ntan berkata, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak ditolak oleh kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya apa yang ditolak adalah kos projek yang terlalu tinggi.

“ECRL merupakan projek yang dapat membantu Pantai Timur melonjak jumlah kehadiran pelancong dan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur,

“Tetapi disebabkan kosnya yang tinggi, projek ini terpaksa ditangguhkan. Kepentingan ne­­gara diutamakan dan jika kos terlalu tinggi dan membebankan negara, kita perlu terima hakikat projek ini ditangguhkan,” katanya.