Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian itu dilakukan bagi mendapat model yang bersepadu dan mapan untuk jangka masa panjang.

“Kita mahu buat kajian secara menyeluruh kerana ketika ini ramai anak-anak yang terpaksa mengabaikan ibu bapa kerana faktor kerja selain tertekan dengan keadaan ekonomi.

“Kerajaan mahu mempertingkatkan dan memperbaiki lagi pelan tindakan untuk warga emas yang berada di bawas Dasar Warga Emas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pusat asuhan harian dan latihan untuk kanak-kanak kelainan upaya Tasputra Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan. -UTUSAN ONLINE