Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, langkah tersebut pen­ting bagi memastikan pergerakan dan aktiviti pelajar terutamanya di bawah umur dapat dipantau daripada terlibat dalam sebarang aktiviti tidak berfaedah.

Sehubungan itu tegasnya, semua pihak digesa berhenti me­nuding jari dan tidak menyalahkan pihak lain.

“Kita perlu tanya mengapa perkara seperti ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak di bawah umur pada waktu di mana mereka sepatutnya berada di rumah ketika itu. Ibu bapalah sebenarnya yang memainkan peranan pen­ting dalam mendidik anak-anak.

“Buat masa ini, lebih baik kita lihat dan kaji mana-mana aspek yang lemah supaya perkara se­perti ini tidak berlaku lagi. Kita perlu bermula sekarang daripada tidak berbuat apa-apa sehingga perkara yang sama berlaku lagi,” katanya ketika ditemui dalam majlis Sembang Santai Bersama Ahli Parlimen Belia Sela­ngor di sini, malam tadi.

Beliau mengulas kejadian kemalangan awal pagi kelmarin melibatkan lapan remaja berbasikal maut dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru, Johor.