Dzulkifli Ahmad

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad ketika membuat gesaan itu berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan melihat perkara itu secara serius demi kebajikan golongan berkenaan.

“SPRM ingin menggesa dan menyatakan bahawa sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan secara serius melihat dan mengkaji semula skim gaji serta kebajikan golongan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Dzulkifli berkata, SPRM yakin pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada PDRM.

Jelasnya, peruba­han­ itu adalah ke arah menjadikan PD­RM­ sebagai sebuah agen­si­ penguatkuasa­an ya­ng lebih cemerlang dan terulung di negara ini.

Pada masa sama katanya, perubahan itu juga bagi memastikan PDRM bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“SPRM juga percaya beliau akan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bebas, berani dan berintegriti,” katanya.